Tuesday, October 2, 2012

Dipetik dan diketik.

" Jangan risau. Angau aku bertahan lagi sekejap dari tempoh hayat seekor rama-rama."

Monday, October 1, 2012

tanggal 1 Oktober, dua ribu dua belas.

Ada dua manusia di atas sebatang jalan.


i - yang langkahnya perlahan namun tetap juga dia terjatuh. Dia cuba bangkit, walau kakinya sakit,hatinya pedih,lututnya terseret. Runtun hatinya merasa bisa terluka.

 Jauh dia ditinggalkan yang lain.

 Tapi dia terus mencuba. Digagahkan juga untuk bangun dan melupakan mengapa dia tersungkur. Lupakan kenapa dia tidak mampu berlari tanpa terbungkam ke tanah.


ii. - yang hanya melihat lantas tersenyum.Dia tak pernah jatuh dan dia yakin langkahnya senantiasa utuh.

Dia tidak pernah terjatuh. Dia tidak mungkin tersungkur. 

Dan dia terus tersenyum. Tidak perlu dihulurkan tangan untuk membantu. Cukup dengan jelingan.


 Persoalannya,


salahkah si i kerana tersungkur atau hebatkah si ii kerana tak pernah terjatuh?