Saturday, September 29, 2012

Jonker Street

Assalamualaikum. Hi Sabtu. Hi awak.

Amboi sopannya anak siapa la ni kan dok bagi salam sejahtera ke atas kamu. Tak jawab dosa.

Semalam, lebih kurang dah setengah jam sampai rumah, dapat msg from Lala. Nak pi Jonker Street tak dia tanya. Macamana dia tau aku dah sampai pun aku musykil. Hmm. Very strong instinct.

Jonker Street?  Ajak la dua puluh juta kali pun, dua puluh juta kali aku cakap Nak!

Nak pi sana dari rumah aku makan masa dalam 10 minit. Nice traffic maka nice lah mood kita. Memang lah. Hari Jumaat.

Kalau Hari Sabtu, hari penuh kereta dalam kotaraya kota nostra ni .Datang on weekdays ye. So awak-awak tak menyesakkan lalulintas depan rumah saya malam-malam minggu. Susah nak keluar simpang pi 7e. HAHA. Tak. Serius ni.

Night market Jonker Street  hanya dibuka malam Jumaat, Sabtu , Ahad. Dalam pukul 6 diorang dah setup gerai. Hari-hari lain kedai-kedai kat situ dibuka macam biasa and kereta boleh lalu lorong night market tu.

One thing about this place, nak parking kat Jonker Street ni susah. Ada tiga area parking.

Depan - dari arah Stadhuys aka Bangunan Merah.
Tepi - dari area depan tu, drive lagi, kanan nanti nampak gereja Katholik tak silap, masuk lorong tu
Belakang - area Jonker Gallery.

Jangan suka-suka je parking free di tepi jalan ye, banyak polis di situ dan risiko awak disaman adalah amat tinggi . Just don't. Awak senyum-senyum pun belum tentu Encik Polis tu tak saman awak.


Kitorang parking area belakang.  Drive lalu sekolah Pay Fong dan masuk lorong kecil yang menghala ke Jonker Gallery. Ada 2 parking bay di situ. Pilih ikut suka/budget. Yang murah -  RM 3 per entry. Nak letak kereta sampai esok lusa pun tak pa.


So aku and Lala start berjalan dari kawasan Chinese food vendors. Macam-macam jenis makanan diorg ni jual, dari fried sushi ke yong tau fu ke fried small crabs lah, plenty of food dan ada satu pentas karaoke kat belakang area makan-makan ni.

Auntie-uncle performers tu biasa nyanyi lagu-lagu lama. Crowd depan stage tu boleh tahan ramai ok.

Kat Jonker Street ni ada macam-macam benda yang boleh dibeli. Dengan syarat - pay like you're a tourist.

Selalu jugak datang sini sebenarnya. Tak banyak yang berubah dari the last time aku datang, bulan 6 haritu.

Tapi ada je benda baru nak dicekidaut dan rasa macam comel jugak lah kalau dibuat hadiah/beli for fun. Bila keluar dengan Lala ni selalu aku buat dia beli barang ( tapi aku tak beli barang ). Bijak kan.

So dalam teman Lala cari barang, these are what I just had to snap. Dengan camera cabuk ku dan tiada software photoshop, wallah....



 Suka sangat gelang ni. Tapi tak beli pun. 





 Gula ketuk 



 Tukang ketuk


 Mini kebaya. 
Selain ladybug custome siap antenna, bebudak perempuan kecik comel pakai ni.



this is <3


 Babes in kimono dibaluti plastik dan tak boleh bernafas



  The superfine pretty girl ,Miss Lala.Tu dia promote apa tu?




 Ada banyak kedai Jonker Gallery kat sini. This is one of them. Everything is handmade. Ada satu kedai, kat counter ada signage " God's busy. May  I help you?" 
Dalam Jonker Gallery memang tak boleh sesuka hati nak ambik gambar. I is sad. 



 kura-kura macam ladybug. katak juling.


they have cute clothes.



One of the cutest shop around. Hasil tangan sekumpulan rakan designers. Lala shopping top kat sini. Beli satu item less 10%, two entitle to 15% discount, 3 items, 30 % off. The salesperson was nice.Sini pun tak boleh amek gambar ye. I is sad part two. 


 if you can spot the bear ( kuma ) , I love you. :)  
hint : rilakumma



 One of the street performers. Kat area kafe dalam lorong2 Jonker Street yang lain, ada this one sweet girl , she's blind and she plays the keyboard. Lupa nak pi snap pic dia




Decepticon > Hello Kitty. Kalau awak tak setuju, awak seketul donut.


Jonker Street ni best jalan waktu tak ramai orang. Usually lepas maghrib. Pukul 9 malam ke atas tu agak azab sikit la sebab orang ramai dan susah nak tengok kiri kanan. One thing for sure, kalau jalan tu make sure tengok view bangunan kat atas. They have these walls bathed in soft hues from the lights. Nak fefeeling macam dalam zaman 50-an pun boleh.

Lebih kurang 2 jam jugak lah kitorang kat sini. Kebetulan aku dengan Lala sukabenda yang lebih kurang, jadi gila jugaklah dok eh lawa nya baju tu mahalnya baju ni kat Jonker Street tu.  

Penutup acara, pi drive thru beli Samurai Burger. Balik rumah dan ngap. well, Samurai burger tu dah masuk cerita lain pulak. 

Rasa macam nak cerita pasal Jonker Street's antique souvenirs next. There's always a next time, right? InsyaAllah.

Now is the time for my 'buat-buat busy' moment.
 Bye.  :)

4 comments: